Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, October 22, 2009

TINGGAL KENANGAN


Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Abdullah Suhami Awang yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 24 September 2009.Segala-galanya tinggal kenangan.Seluruh warga SKSMS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya.Mungkin Allah lebih menyayanginya.Satu perkara yang menjadi kegembiraan kepada sesiapa yang melihat jemazahnya ialah keaadaan wajahnya seolah-olah seperti sedang tidur.Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.AMIN...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam Al-Quran kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6 sempena bulan Ramadhan 1430 H.Majlis ini mendapat kerjasama dari semua kakitangan SKSMS.Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari murid-murid tahun 4,5 dan 6.Pihak sekolah juga telah memberi duit raya kepada murid yang menyertai majlis khatam Al-Quran ini.

GOTONG ROYONG 2009


Pihak sekolah telah mengadakan gotong royong yang melibatkan seluruh kakitangan serta murid-murid dan juga pihak PIBG bagi memindahkan barang-barang serta peralatan sekolah.Tujuan diadakan program tersebut kerana beberapa bangunan sekolah akan dirobohkan dan digantikan dengan bangunan yang baru.Program ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Wednesday, October 21, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009


Sambutan Hari Guru peringkat SKSMS telah dijalankan seperti yang telah dirancang.Majlis telah diadakan di dataran perhimpunan SKSMS.Pihak sekolah juga tidak ketinggalan menjemput AJK PIBG dan juga guru-guru KAFA dalam majlis tersebut.Pelbagai aktiviti telah disusunatur bagi menjayakan majlis tersebut.Majlis ini telah berakhir pada pukul 1.30 tengah hari."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA".